Unit 1 :Pengaturcaraan

1.2 Langkah-langkah aktiviti harian dan set arahan .

cara-cara menggoreng ikan .

  1.  Mula-mula buang sisik ikan.
  2. Kemudian ,belah sedikit perut ikan
  3. Selepas itu ,keluarkan isi perut dan insang.
  4. Kemudian,basuh ikan hingga bersih.
  5. Seterusnya, ambil serbuk kunyit dan garam .
  6. Masukkan ke dalam mangkuk
  7. Gaulkan dengan ikan yang sudah dibersihkan.
  8. Masukkan minyak masak ke dalam kuali .
  9. Tunggu sehingga miyak panas .
  10. Masukkan ikan yang telah digaulkan tadi dengan berhati-hati.
  11. Ikan sedia untuk dimakan.

Unit 1 pengaturcaraan

1.1 Keggunaan atur cara komputer

1.Perkakasan harian yang terdapat di rumah  yang mempunyai atur cara komputer.

1] televisyen pintar -membolehkan kita mencapai aplikasi internet dan melakukan pelbagai fungsi interaktif.

2] pendingin hawa -membolehkan kita menetapkan,mengesan dan menyelaraskan suhu bilik berdasarkan isyarat yang diterima daripada pengguna.

3] Pembersih vakom robotik-membolehkan kita bergerak dan membuat pembersihan di kawasan yang ditentukan.

4] Jam penggera digital-membolehkan kita menunjukkan masa dan membunyikan penggera dengan pelbagai bunyi.

5]Peti sejuk-membolehkan kita menentukan suhu yang sesuai untuk menyimpan makanan.

6]Mesin basuh elektronik-membolehkan kita mengesan berat muatan ,menuntukan cara basuhan,tempoh bilasan dan masa putaran.

7]Ketuhar gelombong mikro-membolehkan kita melakukan pelbagai cara memasak.

 

MAKSUD (ATUR CARA KOMPUTER)

Atur cara komputer ialah satu set arahan mengikut urutan yang mengarahkan komputer membuat sesuatu.Sesetengah perkakasan harin mempuyai komputer benam.Komputer benam ini mempunyai atur cara komputer yang menentukan cara perkakasan tersebut berfungsi .kegunaan atur  cara ini adalah untuk memastikan perkakasan tersebut dapat melaksanakan tugas mengikut tetapan.